Powered By Blogger

Sunday 27 February 2011

Tasawwur Islam


Ramai yang tertanya- tanya apakah itu Tasawwur Islam. Sebelum ana sendiri mempelajari Tasawwur Islam, ana juga tidak faham maksudnya yang menyeluruh. Macam- macam tafsiran tentang maksud Tasawwur Islam mengikut daya fikiran ana sendiri.
Setelah ana memasuki kelas Tasawwur Islam yang diajar oleh Ustaz Abdul Rahim Bin Rafiee, pada minggu pertama, Ustaz menerangkan kepada pelajar maksudnya yang sebenar dan skop yang akan dipelajari. Ana betul- betul bersyukur kepada ALLAH kerana diberi peluang untuk belajar ilmu yang begitu indah ini. Jadi, ana mengambil kesempatan ini untuk berkongsi ilmu dengan teman- teman semua untuk memahami dan menghayati Tasawwur Islam.
Tasawwur Islam bermaksud gambaran terhadap Islam yang sebenar. Mengapa kita perlu adanya ilmu Tasawwur Islam? Perlu adanya ilmu Tasawwur Islam kerana kita tidak kenal sepenuhnya tentang Islam. Ramai orang termasuk orang Islam sendiri tidak memahami Islam. Jadi, jika kita ingin memahami Islam dengan maknanya yang sebenar, fahami dan hayatilah ilmu tasawwur Islam.
Tasawwur merupakan satu konsepsi, iaitu pemahaman yang sebenar tentang hakikat agama Islam seperti yang telah diturunkan oleh ALLAH S.W.T di dalam Al- Quran dan difahami serta dipraktikkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya.
Islam punya ciri tersendendiri untuk membentuk umat. Islam adalah cara hidup yang berupa ajaran- ajaran daripada ALLAH PEncipta Alam, di mana ajaran itu diturunkan dan dibawa oleh Rasul-Nya yang terakhir(Nabi Muhammad S.A.W) seperti yang terdapat dalam dua sumber yang tertinggi: Al- Quran dan Al- Sunnah/Al- Hadis. Islam adalah satu- satunya cara hidup yang diterima dan diredhai oleh ALLAH untuk dianuti dan dihayati oleh manusia sebagai hamba ALLAH di segenap pelusuk dunia dan sepanjang zaman.
"Sesungguhnya Ad- Din yang diterima di sisi ALLAH, adalah ISlam…"[Ali- Imran:19]
Dua penegasan yang perlu diberi perhatian:
1. ALLAH menyebut ajaran dan peraturan hidup yang diturunkan- Nya sebagai Ad-  Din.
2. Peraturan yang diturunkan oleh ALLAH adalah Al- ISlam.
Pengertian Ad- Din:
1. kekuasaan dan pemerintahan.
2. ketaatan dan pengabdian.
3. balasan dan perhitungan.
4. cara (manhaj atau method).
Pengertian yang terakhir (yang keempat) itu adalah sesuai untuk konteks ini.
Perkataan alif lam pada perkataan din punyai makna tersendiri. Ia bermakna khusus. bahawa islam adalah satu- satunya manhaj yang khusus, hakiki dan sahih dalam kehidupan. satu- satunya agama yang diterima oleh ALLAH. kita membuat penegasan tersebut dari perkataan alif lam.
Alif lam juga membawa makna syumul(menyeluruh). Terdapat pengajaran yang luas. Islam adalah satu- satunya sistem hidup yang menyeluruh yang merangkumi semua bidang kehidupan manusia. Agama yang ALLAH redha, sahih dan betul, agama yang meliputi bidang kehidupan manusia iaitu kepercayaan(akidah), pemikiran(fiqrah), ibadah, kekeluargaan, kegiatan sosial dan ekonomi, politik dan seterusnya. ia tidak datang untuk mengatur bahagian tertentu sahaja dalam kehidupan manusia seperti kepercayaan, ibadah dan keluarga sedangkan bahagian kehidupan lain diatur oleh sistem yang lain pula, tetapi ia datang untuk mengatur seluruh bahagian kehidupan manusia.
apakah maksud kesyumulan Islam? Syumul bermaksud menyeluruh. Kesyumulan Islam adalah mengatur semua bidang kehidupan manusia. Islam datang untuk seluruh bangsa di setiap tempat untuk setiap zaman hingga berakhirnya dunia. Islam bukan untuk bangsa dan negara tertentu sahaja. Isalm bukan untuk masa tertentu sahaja. Islam bersifat menyeluruh dan sejagat.
firman ALLAH:
"katakanlah wahai Muhammad, wahai manusia, sesungguhnya aku adalah pesuruh ALLAH untuk semua, yakni manusia."[Al- A'raaf:158]
Mengikut bahasa Arab, Islam membawa maksud ‘yang bersih dari sebarang kerosakan dan kecacatan.’ Islam bererti tunduk dan mengikut. Islam bermakna menyerah dan taat. dan Islam bermaksud aman dan damai. Islam bererti mentauhidkan ALLAH yakni mempercayai keEsaan ALLAH, membersihkannya dari sebarang syirik. Penganutnya tunduk, taat, serah sepenuhnya kepada ALLAH. ISlam memberi keamanan dan ketenteraman sebenar kepada jiwa penganutnya di dunia dan akhirat.
dari huraian yang lalu, dapat diambil kesimpulan tentang apa yang diterangkan oleh ALLAH dalam ayat 19 dalam Surah Ali- Imran iaitu satu- satunya cara hidup yang diredhai oleh ALLAH bagi semua umat manusia di sepanjang zaman bahawa mereka tunduk dan menyerah diri kepda ALLAH secara menyeluruh dalam cara berfikir, bertindak, beribadat, bermasyarakat dan dalam perundangan kegiatan kehidupan mereka.
wallahu’alam

No comments:

Post a Comment